Tuesday, February 23, 2010

Pengajaran Bernilai..

Harini aku baru pas balik dr umah uncle Nuar.. melawat keluarga dia kejap time ptg2. Umah dia kat area seksyen 7 shah alam...aku tak penah masuk pun area tu. Yelaa, kwsn rumah org2 kaya kott.. dpn Uitm Shah Alam. Maklum laa, cube korang byg kan...ade sebijik umah kat situ harga dia sampai cecah RM22 juta n ade brbelas2 bilik dlm tuh..........bayangkan!!!! besar tak besarnyer umah2 kat situ.. n dia buat umah tuu smpai korek bwh tanah..ade basement agik..

Tapiii, yg aku nak citer dlm entri kali ni is bkn keluasan umah kt area situ, brape nilai aset org2 kat situ........tp, ttg satu berita sedih sbb family uncle nuar telah kehilangan sorang anak perempuan dia, yg b'nama Siti Fatimah akibat denggi. Aku rasa sedih & sebak bila dgr crita mak dia. Bermula dr hari mula2 dia jatuh sakit, saat2 nazak n sampai laa hari lastday dia meninggal kat hospital. Aku tak tau nape aku bleh jadi sebak cmni even personally aku tak pnh pun jumpa dia seumur hidup aku.. Yang plg aku respect skali is bila tgk mak dia. Sgt tabah, sabar n ceria lyn tetamu walaupun pada hakikatnye dh 2,3 hari tak dpt tdo sbb jge anak dia yg meninggal tuu.

Ceria2 dia pun, aku ttp bleh nmpk kesedihan dr kaca mata dia..yelaa, kan dia mak. Orang yang mengandungkan selama 9 bln.. mesti laa sedih walaupun redha anak dh takde. Yg buat aku betul2 impressed, anak dia admitted hospital 5 hari je. Pastu terus meninggal. Means anak dia takla derita terlalu lama untuk tanggung penyakit ni. Doctor kata what's happening to her is Denggi jenis shock sindrome. Sbb kematian dia tuu trlalu cpt. Mula2 demam2 biasa, hari ke2 dia start kebah sket... n virus dh mula aktif dlm bdn time tuu sebenarnye then, if lmbt dpt treatment, mmg tak dpt d selamatkan lg coz virus tuu akan attack kt blood circulation n effect to all over the body bcoz the virus will "eat" organs one by one like lung, liver, kidney n etc... smpai laa semua skali takleh bfungsi lg..

Ape yg aku ingatkn, petang td mak dia share crite camne anak dia call mntk air sbb haus sangat2 & bgtau mak dia nak mkn buah epal merah 2 pagi (sbb dia tak mkn pape sejak pagi.) Doctor kat SMC tak bagi dia makan sbb takut nnt ssh nak digest ke hape. Aku pun tak phm sgt. Then, smpai laa mak dia ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Mmg sedih sgt2. Soo touching coz i can imagine how she's fighting with the disease smpai laa nafas dia yg terakhir. Actually, mula2 dia masuk kat hospital SMC, Shah Alam. Dari ape yang mak dia criter, hospital SMC giler tak professional laa. Dorang tak pay attention pun kat anak dia smpai laa oneday tuu dorang found out yg kaki n tangan anak dia dh start sejuk. Then, at last....SMC hantar ke HUKL sbb dh gelabah tak tau nak buat ape. Nasib baik laa HUKL ni okey even tu hospital kerajaan. SMC mentang2 laa hospital private, tau nak carik untung jer.

Nway, just nak berkongsi dgn semua. Sbnrnyer rawatan utk Denggi ni ade banyak. Ramai yg bagitau petua ni setelah anak dia meninggal. Iaitu minum sup ketam or minum 100 plus.. insyallah leh kurang kan effect dia. Kebah kan suhu bdn, or demam. Tapiii, tulaa..ajal maut d tgn tuhan. Bak kata mak dia lagi, semua dh tertulis d Luh Mahfuz.. cume kita perlu b'sabar dan redha dgn ketentuan-Nya. Kita sendiri tak tau bila masa kita pulak akan tiba.

Bila dgr mak dia ckp cmtu, tetibe je rasa amal masih tak cukup. Tetibe plak rasa diri ni byk dosa. Tetibe je rasa diri ni kotor. Semua rasa tu dtg serentak n membuatkan aku terpikir...smpai bila aku nak berubah? hidup ni kejap je... kadang2 bila dh terlmbat baru nak sedar. Harap2 aku tak trlambat laa nk perbaiki diri. Tak buat ikut suka hati aku....tak pikir ttg akibat if buat bnda2 tak elok. ishh, mintak d jauhkan laa. semoga aku cpt sedar n tak terlewat utk jd baik. Patutlaa ptg td Dd beriya ajak g umah org tuu. Ade sesuatu yg aku belajar harini. Pengajaran yg aku sendri hampir terlupa. Mudah2 an kita semua tergolong d bawah rahmat-Nya dan dilindungi selalu. Al-fatihah buat arwah Siti Fatimah... Semoga roh anda di cucuri rahmat oleh-Nya. Amiin.......

No comments:

Post a Comment

Good person must leave a comment! hehehh..tulislaa ape2 pun asalkan sedap mata membaca. Selamat memerah otak! =)