Monday, January 25, 2010

Life is a T.E.S.T

L I F E @ H I D U P.. Bila sebut perkataan ni..bermacam2 benda yg bermain kat kepala. Siapakah yg paling layak bercakap tentang erti kehidupan? Rasa2 nye, semua orang ade sejarah hidup masing2.. Ada yg sentiasa bertuah, ade yg di rundum malang, ade jugak yg nasibnye sukar d ramal..dan kadang-kadangkan, to be honest, im scared to live my own life.. banyak benda yg berlaku luar dr jangkaan..


Aku percaya, setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya. Yaa, pasti ada... sebab bila kita renung2 kan kembali, kita akan sedar hanya Allah je yg tahu ape yg TERBAIK utk kita. Hamba2 nya yg slalu dtg meminta, mengharap ihsan dan kasih sayang selagi nyawa d kandung badan. Bukan aku tak pernah mengeluh, marah dengan nasib yg menimpa diri, tp aku sedar...mengeluh itu tak baik dan byk mendatangkan kemudaratan dr kesenangan.


Tahun 2010 ini, genap laa umur aku menjadi 24. Bila toleh kebelakang, banyak sgt peristiwa peristiwa yg berlaku dlm hidup aku yg banyak mengajar aku utk jadi lebih dewasa dan berfikiran matang. Satu lagi sifat yg buat aku betul2 kuat utk terus hidup ialah "Sabar". Bkn mudah sebenarnya nak hidup tanpa sifat sabar. Kita boleh hilang pertimbangan, hilang rasa hormat, mudah putus asa sekiranye kurang sabar dengan "kehidupan". Benarlah, hidup ini ibarat roda. Kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah..


Kadang2 bangga dgn pencapaian diri, kadang2 lemah terduduk mengenang nasib diri.. Walau sesusah mana pun hidup ini, jangan pernah tertulis dlm hidup utk berputus asa. Kita semua ade kekuatan, orang2 Islam itu kuat.. bkn lemah. Yakinlah pertolongan Allah itu tetap ada. Cuma kita perlu bertawakal dan berdoa agar suatu hari nnt kita akan di bantu oleh Allah kerana Dia ada di mana2. Sentiasa bersama kita walau kita tak nampak dengan mata kasar.


"Life is a test..."


Ungkapan yg cukup ringkas tp amat bermakna dalam hidup aku. Oleh kerana aku sedar hidup ini adalah ujian, maka aku tak rasa bimbang yg amat sangat kerana hidup ini sebentar cuma. Ujian yg aku lalui selama ini bukan laa sesuatu yang kekal abadi. Ianya sebahagian dr hidup yang byk melakar sejarah, mencorakkan kenangan manis mahupun yg pahit. Kerana aku sedar kuasa tuhan mengatasi segalanya, maka aku pasrah. Jalani hidup seadanya dan berharap suatu hari nnt, hidup yg aku jalani ini makin senang dan mudah. Amiin.........


Biarlah MASA menentukan segalanya. Aku tak pernah menyesal walau sekali pun atas ape yg berlaku sepanjang hidup aku selama ini. Kerana aku yakin, DIA ada bersama ku walau apa pun yg terjadi.

Salam Sayang, XOXO>> Naddy..

**owh.....one more thing>> pesanan untuk diri sendiri & org lain:

"A winner never QUIT, a quitter never WIN"........Sekian.


No comments:

Post a Comment

Good person must leave a comment! hehehh..tulislaa ape2 pun asalkan sedap mata membaca. Selamat memerah otak! =)